Khamis, 12 Jun 2014

KATA-KATA NASIHAT BIJAK ISLAM

Assalamualaikum, W.B.T..


Selamat Pagi, Good Morning, Annyeong Haseyo, Ohayo, etc .. haaa mcm2 bahasa kan ak ckp sampai esok pon tak abis, haha .. Hari ni aku tak tahu nak buat keje ape, so aku update la pape yang aku nak update. Pada entry kali ni aku rase biarlah ak update entry yang berbentuk kata-kata nasihat secara islamik sikit memandangkan hari ni hari jumaat dan aku takde keje, sebenarnya kalau kita search google banyak tapi tula banyak bahasa Indonesia dong (ala-ala indon gitew) haha.. Taknak panjangkan citer, taknak ckp banyak so let's read this.

  • Jagalah Iman dengan banyak mengingat pemutus kenikmatan, iaitu kematian...
  • Perkuatkan iman dengan pandai memilih antara kebaikan dan keburukan. Jaga diri dari kemaksiatan.
  • Teguhkan iman dengan sering melakukan ibadah sunnah dan mengikut sunnah Rasullullah S.A.W.
  • Perkaya iman dengan berzikir, bermunajat, muhasabah diri, dan bersujud menyembah, beribadah kepada Allah S.W.T.
  • Perkukuhkan iman dengan berkumpul bersama orang-orang yang soleh/solehah yang gemar dan cinta untuk berbuat kebaikan.
  • Tebalkan iman dengan membaca Al-Quran, pelajari, renungi mksdnya dan jangan pernah bosan.
  • Jangan meratapi yang belum dipunya, tapi syukurilah yang sudah dikasih oleh-Nya.
  • Sesedih apapun hatimu, Allah masih memberimu cinta dan kasih, lihatlah orang-orang yang tetap baik terhadapmu, mereka dihadirkan-Nya buatmu.
  • Amal kebaikan yang kecil namun sering dilakukan akan lebih dicintai Allah daripada amal kebaikan besar yang jesteru amat jarang dilakukan.
  • Sedalam apapun cintamu kepadanya, dan seluas apapun cintanya kepadamu, masih jauh lebih besar cinta Allah untuk kita semua. Jangan lupa.
  • Tetaplah berlaku adil dan berbaik sangka terhadap segala ketetapan dari Allah. Dia Maha Mengetahui yang terbaik untuk kamu.


Nah, itu jek yang mampu dimasukkan dalam entry kali ni, itu antara kata-kata yang mampu kita renungkan bersama dan musabah diri. Dunia hanya lah pinjaman sementara.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan